Friday, October 14, 2016

aku bisu tanpa kamu


perkataan untuk dibaca
dibaca dengan kata
kata yang tercipta
tercipta dalam minda
minda yang bersuara
bersuara tanpa klausa
klausa yang terpinga
terpinga kerana buta
buta tiada penanda
penanda untuk bernada

nada bisu
tanpa kamu


n.

Sunday, September 4, 2016

i want you


i love you so much. to the moon and back.

it has always been you. and you always.


keep walking with me dear. :)

Saturday, July 30, 2016

i love you

thank you Allah.

what did i do to deserve her.

ouh, thank you Allah.

Friday, July 22, 2016

Monday, July 18, 2016

boleh tak


boleh tak
saya bagi awak masa
untuk fikir pasal kita
seberapa lama pun
saya tetap akan tunggu
tapi dengan satu syarat
jawapannya nanti

mesti ya.

saya sayang awak sangat lah.



Saturday, July 16, 2016

kita yang berubah tempat


pergantungan jiwaku.

sungguh besar sekali harapanku
untuk bisa hidup di dekatmu
supaya mimpi yang telah engkau rekatkan sekian lamanya
bisa makbul
supaya dapat segala kesalahan yang besar-besar
yang telah ku perbuat terhadap dirimu
saya tebusi
tetapi cita-citaku itu
tinggal selamanya menjadi cita-cita
sebab engkau sendiri yang menutup pintu di depanku
saya kau larang masuk
sebab engkau hendak mencurahkan segala dendam, kesakitan yang telah sekian lama bersarang di dalam hatimu.

lantaran membalas dendam itu
engkau ambil suatu keputusan yang maha kejam
engkau renggutkan tali pengharapanku
padahal pada tali itu pula pengharapanmu sendiri bergantung.

sebab itu percayalah sayang
bahawa hukuman ini bukan mengenai diriku seorang
bukan ia menimpa celaka kepadaku saja
tetapi kepada kita berdua
kerana saya tahu
bahawa engkau masih tetap cinta kepadaku.

sayang
kalau saya tak ada
hidupmu tidak juga akan beruntung
percayalah
di dalan jiwaku
ada sesuatu kekayaan besar yang engkau sangat perlu kepadanya
dan kekayaan itu belum pernah ku berikan kepada orang lain
walaupun kepada sesiapa
kekayaan itu ialah kekayaan cinta.

seandainya kau terima kembali kedatanganku
saya tidak akan meminta balasan dari engkau
balasan yang aku harapkan dari cinta suciku
hanyalah dari Allah
supaya engkau diberinya bahagia
balasan kedua yang saya harapkan
adalah supaya saya dapat selalu hidup di dekatmu, selamanya.

sayang
engkau akan beroleh seorang lelaki yang masih suci batinnya
suci jiwanya
belum pernah disentuh orang lain
hatinya belum pernah dirampas orang
yang tidak ada bedanya dengan permatamu yang hilang
dan dengan laki-laki yang engkau cintai
tujuh dan lapan tahun yang lalu
yang gambarnya tergantung di kamar hatimu.

tetapi
sungguhpun demikian pembalasan
kesalahanmu itu telahku maafkan
sebabnya ialah lantaran
saya cinta akan engkau
dan kerana saya tahu
engkau lakukan semua
lantaran cintamu kepadaku.

saya akan pulang
hanya dua yang ku tunggu di sini
pertama
adalah kedatanganmu kembali untuk menjemputku
kedua
menunggu maut datang
apabila kau tidak pernah datang kembali kepadaku.

cuma satu pengharapan yang penghabisan
heningkan hatimu kembali
sama-sama kita habisi kekecewaan yang sudah-sudah.

maafkan saya
cintai saya kembali.

sayang
kau lah yang terpateri di dalam doaku
bila saya menghadap Tuhan di akhirat
kalau ku mati lebih dahulu daripadamu
jangan kau berduka hati
melainkan sempurnakanlah permohonan doa kepada Tuhan
selamat tinggal sayang.

selamat tinggal
wahai orang yang ku cintai di dunia ini
aku cinta akan dikau
semoga hati kita sama-sama dirahmati Tuhan.

selamat tinggal sayang
aku cinta akan engkau
dan kalau ku mati
adalah kematianku dalam mengenang engkau.




i lied




I won't tell you, I won't let you see
What you mean, cause you mean everything
When you're there i'm scared of the way I feel
I don't want to be so vulnerable
So I act like I don't care at all
But it won't mean nothing without you
It's the truth
Trust me I lie

When I say I don't need you
When I say I'll be alright
If I have to be without you
Trust me I lie
When I say I don't love you
And you're the last thing on my mind
Baby you can trust me
Trust me I trust me I lie

You're telling me sometimes I turn away
Cuz i'm afraid of what my eyes might say
I told you to see what I really feel
So I keep up
I can act so tough
So you never know I care so much
But I don't care about nothing else but you
It's the truth
Trust me I lie

When I say I don't need you
When I say I'll be alright
If I have to be without you
Trust me I lie

When I say I don't love you
And you're the last thing on my mind
Baby you can trust me
Trust me i...

I lie
When I tell you I don't care
Lie
I'm just afraid
Please don't believe one word I say
Trust me I lie

When I say I don't need you
When I say I'll be alright
If I have to be without you
Trust me I lie
When I say I don't love you
And you're the last thing on my mind
Baby you can trust me
Trust me i...

I lie, baby I lie
Baby I lie
I lie
Trust me I lie

ada apa dengan rangga?



aku tidak terpaksa untuk memerlukan jawapan engkau jika engkau masih belum punya jawapan. tetapi yang paling penting adalah restu keluarga. hati aku terasa dicarik rapi-rapi saat engkau mengatakan tentang ibumu. yang mungkin berkecil dan terasa hati dengan kelakuan dan keputusanku. maka sebab itu aku datang tanpa perlu meminta kebenaran darimu.

kerana aku juga punya seorang ibu. ibu yang pasti sangat menyayangi anaknya. tujuanku lebih daripada untuk mendapat jawapan konkrit engkau. tetapi untuk mendapat kebenaran dan memaklumkan soal kita kepada ibu dan ayahmu. kerana bagaimana pun tingkah kita, akhirnya kita tetap punya budaya, cara dan agama.

aku harap kedatanganku meringankan beban pemikiran engkau. jika mampu untuk aku galas semua gelisah dan keliru kau, aku mahu. aku memang tidak boleh mengubah apa-apa yang telah terjadi pada masa lepas. tetapi aku masih mampu mengubah perasaan yang terkesan atas apa yang telah terjadi itu. dan perasaan orang tuamu adalah umpama anugerah yang harus dijaga dan diletakkan di tempat tertinggi sekali bagi aku.

sebab itu aku tidak berkongsi cerita tentang kita kepada orang tuaku. kerana aku mahu dan tahu mereka masih suka akan diri engkau, yang mereka kenal dahulu. tak perlu aku cemarkan apa-apa. saat aku meyampaikan salam ibumu kepada ibu aku, nyata dia masih tahu dan ingat tentang kau. sekurangnya ibu aku tahu perasaan aku kepada engkau seorang tanpa perlu aku katakan.

tahukah engkau hari ini aku bangun pagi dan terus mandi. tanpa perlu berfikir aku bawa diri ke arah engkau. mungkin bagimu hari ini tiada makna berlebihan tetapi lain bagiku. saat aku melangkah masuk ke dalam rumahmu, sangat besar hati aku kembali ke tempat yang aku impikan. sudah hampir tujuh tahun aku berangan datang sendiri untuk memaut erat dirimu. dengan ikhlas memohon izin dari ibu dan ayah atas perhubungan kita yang lebih serius. walaupun circumstances nya telah berubah, engkau menerima kehadiranku bukan sebagai kekasih tetapi sebagai satu lagi sahabat.

adakah tiada lagi perasaan istimewa buatku dalam hatimu? apabila engkau yang sentiasa miliki hatiku selama ini. engkau mungkin tidak tahu untuk jawab, tetapi jauh di lubuk paling dalam aku tahu ada jawapannya.

tidakkah kau jatuh hati dengan kehadiranku? tidakkah engkau mahu menjadi kekasih dan pasanganku? akan aku bahagiakan hari-hari kita semacam biasa, lebih-lebih lagi sekarang aku sudah punya keyakinan dan tetap masa depan. tidakkah kau rindu untuk memanggil aku dengan panggilan sayangmu?

masa lengang aku semakin suntuk. aku harap engkau tahu. betapa serius dan ikhlasnya aku menyayangi engkau. ah, aku memang benar-benar mencintai engkau!

dan aku masih akan tunggu.


hari ini adalah hari yang membuktikan kepadaku. benarlah, cinta itu menggilakan.

Tuesday, July 12, 2016

percakapanku



saya akan berterus terang kepadamu.
saya akan panggilkan kembali namamu sebagaimana dahulu saya pernah panggilkan, sayang.
saya akan sudi menanggungkan segenap cubaan yang menimpa diriku ini.
asal engkau sudi memaafkan segenap kesalahanku.

saya akan tinggal dengan engkau di sini.
biar saya kau hinakan.
biar kau pandang sebagai babu yang hina.
saya perlu dekat engkau.

it hurts me that i hurt you


to borrow your words;
sampai hati buat saya macam ni.

just 3 months ago you loved me to the world.
just 1 month ago i have the gut to let u know my compressed feelings towards you. that i hide, unintentionally.

you stayed, i lived.
you left, i have to learn living.

i thought we are the special-est pair.
you are proving it that we are not.


Monday, July 11, 2016

penunggu




jangan pernah menyesal mencintai aku.
benar, ada kalanya aku buat kau marah, kecewa dan sedih.
tapi percayalah aku amat mencintai kau, sedari dulu.
aku tunggu.
kerana aku mahu kamu. itu saja.

(close) friends





i've been waiting for four rayas to wish it with this picture. only if i do what i wanted to do, earlier.

selamat hari raya.

tak facebook. :p


you said i kept reminding you that we are no more than just friends.


deep down i wanted to become your boyfriend.
you could feel it. that i still love you. your instinct was right. at least i can live with that.

Sunday, July 10, 2016

ku bukan aku


aku rasa aku dah jadi macam kau dahulu. meluah perasaan pada blog yang tiada berpengunjung. jadi aku rasa kau adalah orang yang paling akan mampu untuk faham keadaaan aku. apabila ditinggalkan seorang kawan, kawan yang kita sangat sayang. dan aku rasa aku mungkin adalah orang yang paling akan mampu faham keadaan kau. apabila perasaan pada seseorang semakin menjadi ragu-ragu.

malam tadi sebelum tidur aku dail lagi nombor kau. semacam biasa sebelum tidur untuk ucap selamat malam dan enam patah kata yang biasa aku ucap. sebagai penjaga tidur kau. aku dail nombor kau buat kali yang ke-36 tapi tiada berjawab. entah kenapa aku begitu yakin kau pasti akan jawab juga. walau dalam keadaan yang paling mamai. sebab itu lah kau, penjawab telefon aku di waktu yang paling tak masuk akal.

tapi panggilan aku tidak berjawab, walau aku lihat kau masih baru sahaja usai membaca whatsapp. tetapi aku tidak mahu buat andaian. perkara paling buruk yang aku boleh buat adalah to assume. assumption hanyalah merugikan diri. buat apa takut bertanya bila perasaan ini benar.

malam tadi aku tidak boleh tidur. semacam biasa setelah hampir sebulan ini. tambahan dengan game final euro, masa tidur hanyalah untuk mereka yang benar-benar perlu dan mahu sahaja. seperti kau, yang akan bekerja esoknya. pagi itu aku bagi ucapan selamat pagi, semacam biasa. kau hanya balas setelah aku memberi mesej yang lain. entah-entah ucapan selamat pagi itu akan dibiar basi sambil menunggu waktu tengah hari. tapi aku rasa kau buat apa yang kau mahu buat. dan itu adalah perkara yang sepatutnya. cuma ia masih sakit pada aku, jadi aku menulis dan beritahu.

kesekian kalinya aku beritahu. pada kau juga pada mereka yang mahu tahu. aku sayang kau, ya benar. kenapa setelah sekian lama? kerana aku baru dapat keyakinan yang hak. bukan kerana kau mula tak mahu aku atau mula ada kemungkinan untuk cuba hubungan dengan yang lain, bukan juga kerana aku keseorangan. entah kenapa doa aku makbul sekarang. mungkin aku tersilap berdoa, sepatutnya aku doakan agar aku mendapat jawapan sementara kau masih ada tetapi aku hanya berdoa untuk mendapat jawapan. aku terlupa kau boleh tidak ada.

aku telah berbogel menunjukkan setiap satu sisi diri aku. sebab itu kau katakan ini bukan aku. aku masih boleh berjenaka seperti biasa, berlagak kacak dan macho seperti biasa, mengeluarkan sifat maskulin dengan keyakinan diri seperti biasa. tetapi itu semuanya engkau sudah tahu. tahukah engkau aku boleh menangis kerana rindu dan sayang yang teramat sangat? tahukah kau aku boleh melutut walau metatarsal patah aku masih berseligi dan sengal sesama sendiri? aku menjadi perayu yang merayu seakan hidup ini mati dan tamat tanpa engkau. cliche adalah sandaran yang tepat tapi aku tak boleh tolak perasaan cliche ini bila kau adalah orang yang aku sangat sayang.

beza kau dan aku adalah kau tetap melayan dan tidak pernah ignore aku secara total. seperti yang kau pernah katakan, tidak akan pernah ignore. adakah satu hari nanti kau akan baca tulisan ini dan menyesal, seperti aku mula menyesal sambil membaca aksara hidup di dalam blog kau? meraih perhatian aku yang aku hadapkan tapi dalam keadaan bersembunyi. adakah kau akan mahu mencipta hubungan lebih dari kawan rapat dengan aku semula, berpegangan tangan menunggu giliran untuk membeli tiket wayang? atau adakah kau akan terus hilang dah move on dengan jalan hidup baru meninggalkan aku di simpang tanpa pernah menoleh ke belakang?

kau perlukan masa. masa yang infinite. adakah kau akan hilang bersama-sama dengan masa yang kau simpan? bila mana jam aku berhenti dan resah aku untuk menghadapi realiti semakin menghimpit.

adakah satu hari nanti aku akan menjadi seperti aku yang dahulu, yang ragu-ragu akan perasaannya? sekarang mungkin mustahil kerana arakian tahun aku mencari jawapan dan setelah aku temuinya, aku sangat yakin dan percaya. namun mungkin ia akan kembali ragu-ragu, dek kerana perbuatanmu yang sekarang ini. mungkin aku akan menjadi seperti engkau yang sekarang, yang sudah moved on. disebabkan perbuatan ignorance dan ketidak mahuan yang menebal.

satu hari nanti kita harus juga putus asa. walau bukan sekarang.
sekarang aku pilih untuk menunggu.
kerana aku mahu kamu. itu saja.

trying, im just


i don't know my name
i don't play by the rules of the game
so you say i'm just trying
just trying

if only you knew







dulu saya ragu-ragu, awak tetap percaya.
sekarang saya dah yakin, kenapa awak tak percaya?

memelukmu dengan kata


adalah cinta
yang mengubah jalannya waktu
kerana cinta
waktu terbahagi dua
denganmu
dan rindu untuk membalik masa



Saturday, July 9, 2016

si bodoh yang bersembunyi dari perasaan sendiri


manusia memang boleh berubah. walaupun manusia itu begitu yakin ia tidak akan berubah.

seorang manusia yang aku kenal juga berubah. walaupun dia adalah orang terakhir aku mampu fikir akan berubah.

perasaan adalah sebahagian daripada manusia. maka perasaan juga boleh berubah seraya manusia berubah.

aku juga pernah berubah. berubah dari penuh perasaan kepada meragui intinya. kemudian kembali berubah kepada perasaan yang meluap-luap.

tetapi perubahan aku bukanlah drastik. dari kosong kepada penuh atau dari penuh kepada kosong. perubahan aku adalah statik. perubahan aku adalah dari bersembunyi kepada keluar menunjuk diri.

perubahan aku adalah perubahan circumstantial. perubahan pemboleh ubah dimanipulasi. sedangkan pemboleh ubah dimalarkan tetap teguh, iaitu perasaan.

eksperimen aku adalah menguji perasaan aku. sejauh mana aku akan beroleh perasaan yang benar hakiki. mungkin ada yang beranggapan ia adalah try and error. tetapi aku tidak pernah pun berjaya melepasi tahap untuk 'try' apatah lagi mengetahui jika ia adalah 'error'.


maka.


aku telah berlaku jujur pada angin.
ucapkan semua rasa yang dingin.
selama ini aku menipu diri aku dan diri kamu.
aku menipu kita.
aku sayang kau. paling sayang kau.
tapi aku tak boleh tunjuk apa-apa selain masa depan yang tak menentu.

kalau aku pantas berjanji tetapi masa depan aku buruk.
adakah janji aku akan dibuang selayak masa depan aku?
aku begitu menyayangi kau.
aku begitu menaksubi perasaan dan kesetiaan kau (dahulu).
kau yang menghidupkan masa depan aku.
sehingga aku sanggup melepaskan kau.
kerana terlampau menyayangi, aku pilih menyendiri.

aku mengejar masa depan yang harafiah demi membentuk rumah buat kau.
jika rumah dan isinya siap berdiri tapi tanpa kau di sisi.
apalah guna semuanya.

cakap aku seakan tidak berTuhan.
Tuhan,
tempat aku menabur perkataan.
"jika memang kamu untuk saya, saya akan kembali untuk mempertanyakan kembali perasaan itu walau ke mana dan bagaimana pun saya lari".

sekarang jawapan mengikat takdir aku pulang dari berlari.
kaki ini teguh kuat mendapat perasaan dan keyakinan.
aku cinta kau. aku mahu engkau.
bukankah kau yang bersungguh mahu pertahankan hubungan dengan aku?
dan aku yang bertindak malang melepaskan tautan sayang kau?
dan aku datang untuk mempertanyakan kembali perasaan kau, perasaan aku, perasaan kita.

aku milik engkau.
kenapa kau rangkul aku begitu kemas sehingga aku begitu nyaman selesa dan tertidur.
tapi bangkit melihat kau pergi dengan kelibat masih segar di balik bayang.
aku tidak pernah tidak ada. aku cuma bersembunyi.
si bodoh yang bersembunyi daripada perasaannya sendiri.
yang melepaskan cinta sejatinya.
dan kembali memohon simpati memori.

selepas aku bersembunyi.
tidak satupun perkara aku ubah.
sayang kau, cinta kau, rindu kau.
aku biar hidup melarat seakan hutan rimba dan pohon di rimbalah yang paling kuat medongak bumi.
tidak satupun perkara aku ubah.
memori engkau dalam kotak aku biar hidup sendiri, semuanya.
cuma satu aku biar berubah.
perasaan sayang aku pada kau.
aku biar naik dan hidup mekar makin hari.

aku tak pernah belajar hidup tanpa kau.
aku tak pernah mahu belajar bernyawa tanpa kau.
kau renggut nafas aku dan kau pulangkan dalam keadaan aku masih ketagih akan kehadiran kau.

jangan biarkan aku sendiri.
aku tak sekuat kau, sayang.
jangan biarkan aku lama menanti.
aku tak setabah kau, sayang.

aku berdoa
agar kau pulang
memanggil aku abang
dengan nada tenang
akan aku balas
panggilkan kau sayang

perbualan kita berbaur cinta yang berkecamuk.
dengan berahi yang kemaruk.
takkan ada seorang pun yang akan memahami situasi kita.
rasa kita hanya kita yang rasa.

aku tunggu.
kerana aku mahu kamu.
itu saja.


aku cinta kamu cinta aku.

Monday, June 27, 2016

3 years 10 months and a few days


a word in the palm.
even love decays.
time to let go.


live your life, she said.
she said, live your life.

Thursday, May 26, 2016

khabar

khabarnya 
engkau sudah lengkap kewanitaanmu
bersuami
berperidi
bergaji

khabarnya 

khabarnya?