Thursday, January 9, 2014

biru yang berkahwi

tajuk post ini memang tidak lengkap. ianya disengajakan.

saya menutup link ke blog entries yang lama-lama saya disebabkan keprihatinan terhadap perubahan yang berlaku. manusia semakin tua, malam semakin gelap, pensel semakin pendek, permukaan air chatime semakin menghampiri pearl hitam di bawah dan biru semakin pudar. saya harap rakan saya yang ignorant juga akan lebih prihatin.

dalam beberapa hari ini saya pasti saya akan masuk ke alam pekerjaan. hari saya semakin suntuk. suntuk daripada berehat panjang. saya telah men-delay-kan tarikh permulaan kerja saya ke suatu bulan yang lain. disebabkan saya seorang kaki lepak di rumah, saya secara sukarela melepaskan wang ringgit gaji atas sebab mahu bercuti. saya poyo, ingin bercuti selepas tamat belajar. kununnya.

masa depan saya tidak pasti. ianya kelam tetapi cerah. ya. saya bukan budak kaki lima hisap rokok sambil mem-phewit-phewit atau mem-pppupp perempuan-perempuan muda yang lalu di depan mata. saya percaya kebanyakan mereka mempunyai masa depan yang sedikit kelam. saya mempunya ijazah dari universiti luar negara. maka masa depan saya cerah. tetapi saya tiada arah tuju. saya sepatutnya dipanggil temuduga jawatan kerajaan tetapi belum dipanggil-panggil. saya sepatutnya dipanggil menyertai program latihan khidmat negara tetapi belum dipanggil-panggil. saya merancang untuk mengambil kursus clp pada pertengahan tahun nanti tetapi masih belum mendaftar. saya telah mendapat kerja tetapi belum berhasrat untuk bermula. maka masa depan saya cerah, saya ada banyak pilihan tetapi kelam, kerana saya tidak mahu memilih.

ada seorang sahabat lama saya pernah berkata, "aku boleh nampak kau jenis kahwin lambat, balik rumah lepas kerja lonely, dengar muzik sambil minum sampai tertidur." saya terfikir seketika, adakah saya akan bangun tahajud di pagi harinya?

novel belum siap, kau dah bertunang.
biru itu belum berkahwin.